Jemaah Menteri Sebulat Suara Kekal Sokong Muhyiddin

Jemaah Menteri berkata, keutamaan kerajaan adalah menjayakan Pelan Pemulihan Negara (PPN) demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara. – Gambar BERNAMA

KUALA LUMPUR: Ahli Jemaah Menteri hari ini sebulat suara kekal memberi sokongan penuh kepada kepemimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

Ahli Jemaah Menteri dalam kenyataan ringkas berkata, keputusan itu dibuat pada mesyuarat Kabinet yang berlangsung hari ini.

“Ahli Jemaah Menteri juga ingin memaklumkan setiap keputusan kerajaan dibuat secara kolektif oleh Jemaah Menteri setelah mengambil kira pandangan semua pihak.

“Keutamaan kerajaan ketika ini adalah untuk menjayakan Pelan Pemulihan Negara (PPN) demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara serta membawa negara keluar daripada pandemik COVID-19,” menurut kenyataan itu.

Istiadat pengurniaan surat cara pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri pula diadakan pada 30 Februari 2020.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *