Covid-19: 5,911 Kes Baharu Direkodkan Hari Ini

PUTRAJAYA: Kesihatan (KKM) melaporkan 5,911 kes baharu Covid-19, menjadikan jumlah jangkitan meningkat kepada 691,115 kes setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor terus mencatatkan jumlah jangkitan harian tertinggi dengan 2,111 kes.

Ia diikuti Negeri Sembilan sebanyak 770 kes, Sarawak (569), Johor (498), Kuala Lumpur (483), Perak (245), Kelantan (223), Kedah (204), Sabah (201), Labuan (185), Pulau Pinang (167), Melaka (134), Terengganu (62), Pahang (56) and Putrajaya (3).

Tiada kes direkodkan Perlis hari ini.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *