Mayat Wanita Dikerat-Kerat Ditemui Di Tempat Pembuangan Sampah Di Indah Permai

Penemuan mayat seorang wanita dikerat di tempat pembuangan sampah pada pagi Khamis.

KOTA KINABALU : Penduduk di sekitar perumahan Taman Indah Permai di sini digemparkan dengan penemuan mayat seorang wanita dikerat di tempat pembuangan sampah pada pagi Khamis.

Mayat tersebut dipercayai ditemui pekerja lori sampah yang sedang menjalankan kerja pembersihan di kawasan tersebut kira-kira jam 7 pagi.

Difahamkan, keadaan mayat yang ngeri apabila anggota badannya dikerat beberapa bahagian dan dimasukkan ke dalam plastik sampah berwarna hitam.

Setakat ini, pihak polis masih berada di lokasi untuk menjalankan siasatan terhadap penemuan mayat tersebut.

AKAN MENYUSUL 

Ikuti kami di Channel WhatsApp  dan Telegram kami Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *