15 Ditahan Terbabit Lumba Haram di Jalan Keningau–Apin-Apin

Antara individu yang ditahan terlibat dalam aktiviti lumba haram di Kilometer 4 Jalan Keningau-Apin-Apin, Keningau.

KENINGAU: Seramai 15 individu ditahan dalam satu operasi khas selepas didapati terbabit dalam kegiatan lumba motosikal haram di Jalan Keningau–Apin-Apin berhampiran Kilometer 4, awal pagi Rabu.

Ketua Polis Daerah Keningau, Supt Yampil Anak Garai berkata, operasi dijalankan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) IPD Keningau susulan maklumat awam mengenai aktiviti perlumbaan yang membahayakan pengguna jalan raya.

“Hasil operasi, semua peserta lumba haram berjaya ditahan dan empat kenderaan pacuan empat roda serta sebuah motosikal turut disita bagi membantu siasatan,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (memandu secara melulu dan membahayakan), Seksyen 48(1) (galangan jalan), serta Seksyen 81(3) (sekatan ke atas pertandingan dan ujian kelajuan).

Beliau menegaskan PDRM akan mengambil tindakan tegas terhadap individu yang terlibat dalam aktiviti lumba haram yang mengancam keselamatan pengguna jalan raya.

Orang ramai turut diminta menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan lumba haram bagi membantu usaha membanteras aktiviti itu.

Ikuti kami di Channel WhatsApp  dan Telegram kami Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *