
KOTA KINABALU : Ketua Umno Sabah, Bung Moktar Radin sedang dirawat di hospital dan dalam keadaaan kritikal, menurut anaknya.
Naim Kurniawan Moktar beritahu FMT bahawa Bung Moktar sedang dirawat di Hospital Gleneagles, Kota Kinabalu. FMT sedang mendapatkan butiran lanjut perkembangan ini.
“Kami berharap dan berdoa agar beliau pulih sepenuhnya, sementara pasukan perubatan memberikan rawatan terbaik,” katanya.
Bekas timbalan ketua menteri Sabah itu terpilih untuk mewakili rakyat DUN Lamag pada PRN Sabah 29 Nov lalu.
Beliau juga mewakili rakyat Parlimen Kinabatangan selama enam penggal.
Sementara itu, Ketua Menteri Hajiji Noor mendoakan Bung Moktar diberikan kesembuhan segera, serta dipermudahkan segala urusan rawatan.
“Semoga Allah mengurniakan kekuatan, ketabahan dan perlindungan kepada beliau serta seluruh ahli keluarga dalam menghadapi ujian ini,” katanya di Facebook.
Sumber: FMT
Ikuti kami di Channel WhatsApp dan Telegram kami Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah