Pemandu Cedera Lori Dipandu Terbabas Di Kimanis

Keadaan lori dinaiki mangsa selepas terbabas di di Jalan Belakang, Bukit Perapat Kimanis.

KIMANIS : Seorang lelaki berusia lingkungan 40-an cedera selepas lori 10 tan yang dipandunya terbabas sendiri di Jalan Belakang, Bukit Perapat di sini awal pagi Selasa.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kimanis Nelson Ponji berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.05 pagi sebelum menggerakkan enam anggota dari BBP Kimanis ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 17 kilometer dari balai.

“Mangsa berusia lingkungan 40-an dikeluarkan dan dihantar ke hospital oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba.

“Pasukan bomba menjalankan pemeriksaan di sekitar kawasan kemalangan bagi memastikan tiada kemerbahayaan lain,” katanya dalam kenyataan di sini.

Menurutnya, operasi ditamatkan pada jam 10.44 pagi selepas keadaan disahkan selamat.

Ikuti kami di Channel WhatsApp  dan Telegram kami Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *