Empat Termasuk 3 Lelaki Warga Asing Ditahan, Syabu Bernilai RM5,900 Dirampas Di Lahad Datu

Foto Polis Daerah Lahad Datu

LAHAD DATU :Polis menahan empat lelaki termasuk tiga warga Filipina dalam dua operasi berasingan membanteras dadah di daerah ini, semalam.

Dalam operasi pertama jam 1.00 tengah hari di Kampung Sabah Baru, Jalan Lahad Datu–Tungku, pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJND) IPD Lahad Datu menahan tiga warga asing berusia 35 hingga 43 tahun tanpa dokumen pengenalan diri.

Pemeriksaan lanjut menemui enam paket plastik berisi syabu seberat 53.95 gram, penimbang digital, pemetik api dan penyedut minuman diubah suai, dengan nilai rampasan dianggarkan RM5,934.50. Ujian air kencing mendapati semua suspek positif dadah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Sementara itu, dalam operasi berasingan di Tungku, seorang lelaki tempatan berusia 38 tahun turut ditahan selepas didapati positif dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine. Kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) akta sama.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Hj. Dzulbaharin Hj. Ismail, berkata kejayaan itu membuktikan komitmen berterusan polis membanteras jenayah dadah di daerah ini.

Ikuti kami di Channel WhatsApp  dan Telegram kami Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *