
TUARAN: 5 penuntut Institut Kemahiran MARA (IKM) Kota Kinabalu, maut dalam kemalangan di Jalan Sulaman, berhampiran Pusat Latihan Rela, Tuaran, petang ini.
Kejadian kira-kira jam 2 petang itu, semua mangsa lelaki berusia 19 hingga 20 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Difahamkan semua mangsa yang tersepit dalam kenderaan Toyota Wish, dikeluarkan oleh pasukan bomba.
Sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Tuaran masih berada di lokasi kejadian ketika ini.
Berita lanjut menyusul
Ikuti kami di Channel WhatsApp dan Telegram kami Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah
Ikuti kami di Channel WhatsApp dan Telegram kami Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah