
RANAU: Seorang wanita berusia 28 tahun ditemukan meninggal dunia di dalam bilik sewanya di pekan Ranau.
Ketua Polis Daerah Ranau, Superintendan Mursalin Mahmud berkata, siasatan awal mendapati pintu bilik mangsa berkunci dari dalam.
“Pihak polis dengan bantuan pemilik rumah sewa terpaksa menggunakan kunci pendua untuk membuka pintu berkenaan.
“Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan dari Hospital Ranau pada jam 4.48 petang.
“Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Ranau sebelum dihantar ke Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan media di sini.
Menurutnya, setakat ini kes diklasifikasikan sebagai Laporan Mati Mengejut (SDR) dan siasatan lanjut sedang dijalankan.
Mursalin turut menyeru orang ramai supaya peka terhadap persekitaran masing-masing serta menyalurkan maklumat berkaitan jenayah atau keselamatan komuniti kepada pihak polis.
Ikuti kami di Channel WhatsApp dan Telegram kami Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah