Sultan Brunei Masuk IJN

Sultan Hassanal Bolkiah menghadiri Sidang Kemuncak Asean-GCC ke-2 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, hari ini.

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah ketika ini berehat di Institut Jantung Negara (IJN).

Perdana Menteri memaklumkan baginda berasa keletihan dan mengambil keputusan untuk berehat di sana.

“Beliau berasa penat dan mahu berehat di IJN,” katanya ringkas menjawab soalan media pada sidang media penutupan Sidang Kemuncak Asean ke-46 di sini hari ini.

Terdahulu media bertanyakan keberadaan baginda yang tidak kelihatan dan hadir pada Sidang Kemuncak Asean-Majlis Kerjasama Teluk (GCC)-China petang tadi.

Dalam perkongsian di media sosial Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini, Sultan Hassanal Bolkiah juga tidak kelihatan pada Majlis Santapan Diraja yang berlangsung di Istana Negara.

Ikuti kami di Channel WhatsApp  dan Telegram kami Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *