Pemandu Cedera Kereta Terbabas Langgar Pokok Di Jalan Lintas

Pasukan Bomba membuat kerja memotong kereta (RTA) dengan menggunakan Peralatan Khas bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit.

KOTA KINABALU: Seorang lelaki cedera selepas kenderaan dipandunya terbabas dan melanggar sebatang pokok berhampiran bilik pameran kereta mewah di Jalan Lintas, awal pagi Khamis.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas Agustavia Joe Guasi berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS999 pada jam 4:41 pagi dan jentera pertama tiba di lokasi kejadian pada jam 4:45 pagi iaitu empat minit selepas panggilan diterima.

“Kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis kompak yang terbabas sendiri sebelum melanggar pokok di tepi jalan. 

“Impak perlanggaran itu menyebabkan mangsa tersepit di tempat duduk pemandu.

“Pasukan bomba membuat kerja memotong kereta (RTA) dengan menggunakan Peralatan Khas bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit,” katanya.

Beliau berkata, mangsa berjaya dikeluarkan dalam keadaan sedar sebelum diserahkan kepada petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk rawatan lanjut. 

“Operasi sepenuhnya ditamatkan pada jam 6:05 pagi selepas pasukan bomba memastikan tiada ancaman bahaya lain di lokasi kejadian,” katanya sambil menambah punca sebenar kemalangan masih dalam siasatan pihak berkuasa.

Ikuti kami di Channel WhatsApp  dan Telegram kami Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *