Suami Isteri Cedera Lori Membawa Barangan Runcit Terbabas Di Pitas

Pasukan bomba mengeluarkan mangsa dari dalam lori terbabas.

KOTA MARUDU: Sepasang suami isteri berdepan detik cemas selepas lori tiga tan yang membawa muatan barangan runcit terbabas ke dalam parit di Jalan Kanibungan, berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Rukom Pitas di sini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pitas, Noor Jali Maslah berkata, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah menerima panggilan kecemasan pada jam 12.40 tengah malam.

Katanya, sepasukan tujuh anggota dari BBP Pitas bersama sebuah jentera dikejarkan ke lokasi sejauh 15 kilometer dan tiba pada jam 12.55 tengah malam.

“Sebaik tiba di lokasi, didapati sebuah lori terbabas sendiri ke dalam parit. Dua mangsa iaitu lelaki berusia 53 tahun dan wanita berusia 21 tahun dipercayai pasangan suami isteri, berada dalam kenderaan berkenaan.

“Pasukan bomba menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan kedua-dua mangsa dari dalam kenderaan dan kejadian menyebabkan mangsa cedera di bahagian kaki. 

“Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk dihantar ke Hospital Pitas bagi mendapatkan rawatan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 1.30 pagi selepas memastikan kawasan kejadian berada dalam keadaan selamat.

Turut sama berada di lokasi ialah tiga anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan dua anggota KKM bagi membantu urusan penyelamatan dan rawatan awal.

Punca kebakaran belum dikenal pasti.Ikuti kami di Channel WhatsApp  dan Telegram kami Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *