Dua Maut Lori Rempuh Motosikal Di Jalan Indah Permai

Pasukan bomba bertungkus lumus mengeluarkan mangsa dari dalam lori selepas terbabit dalam kemalangan di lampu isyarat Indah Permai, Sepanggar.

KOTA KINABALU : Dua lelaki maut selepas lori dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah motosikal di persimpangan lampu isyarat Jalan Indah Permai, Sepanggar, petang Rabu.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang, kedua-dua mangsa, masing-masing berusia 34 dan 18 tahun, disahkan meninggal dunia di lokasi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu, Ordine Gilu berkata, kemalangan membabitkan sebuah lori enam tan dan motosikal jenis Honda Vario.

“Tiga mangsa terlibat, pemandu dan penumpang lori dikeluarkan menggunakan peralatan khas dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan di lokasi,” katanya dalam satu kenyataan.

Seorang lagi mangsa, penunggang motosikal dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

Mayat kedua-dua mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat pada jam 5.50 petang selepas lokasi disahkan selamat.

Punca kebakaran belum dikenal pasti.Ikuti kami di Channel WhatsApp  dan Telegram kami Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *