
KOTA KINABALU: Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1446H Istana Seri Kinabalu hari ini berlangsung meriah.
Ketibaan Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Musa Aman dan isteri, Toh Puan Faridah Tussin kira-kira jam 10.30 disambut oleh Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor dan isteri, Datin Seri Panglima Juliah Salag.
Majlis dimulai dengan bacaan doa yang dipimpin Pegawai Agama Istana, Zulfauzy Awang Besar sebelum para tetamu jemputan menikmati pelbagai aneka juadah Hari Raya.
Antara yang hadir ialah Speaker DUN Sabah Datuk Seri Panglima Kadzim M. Yahya dan isteri, Datin Seri Panglima Noraini Salleh, Timbalan-timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey Kitingan, Datuk Seri Panglima Dr. Joachim Gunsalam dan Datuk Ir. Shahelmey Yahya, jemaah menteri kabinet negeri serta konsul-konsul negara asing.
Pada majlis itu, para tetamu dihiburkan dengan persembahan rangkaian lagu Hari Raya Aidilfitri yang dipersembahkan oleh Kombo Polis Diraja Malaysia Kontinjen Sabah di bawah pimpinan Pengarah Muzik, Inspektor Wilbono Zain. =Penerangan
Ikuti kami di Channel WhatsApp dan Telegram kami Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah