
LAHAD DATU: Dua penunggang motosikal warga asing maut selepas bertembung dalam kemalangan di Jalan Felda Sahabat 40, di sini, semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Superintenden Jimmy Panyau berkata kemalangan itu berlaku kira-kira jam 6.15 petang.
Katanya, hasil siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku semasa motosikal jenis Comel di tunggang lelaki berusia 43 dari arah Felda Sahabat 30 menuju ke Kembara Sakti.
“Sebaik tiba di lokasi kejadian, tiba-tiba motosikal ditunggang remaja lelaki berusia 17 tahun dari arah bertentangan dipercayai telah hilang kawalan dan bertembung dengan motosikal jenis Comel berkenaan.
“Akibat daripada kemalangan itu, kedua-dua penunggang terbabit cedera parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.
Menurutnya, mayat kedua-dua mangsa terbabit dibawa ke Hospital Lahad Datu menggunakan kenderaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk proses bedah siasat.
“Sampel darah kedua-dua mangsa juga telah diambil untuk dihantar ke Jabatan Kimia Kota Kinabalu bagi ujian alkohol dan dadah. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
“Mana-mana individu yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Humaidi Harun di talian 098-881255 atau terus ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu,” katanya.
Punca kebakaran belum dikenal pasti.Ikuti kami di Channel WhatsApp dan Telegram kami Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah