
SANDAKAN : Seorang tahanan wanita dibawa ke rumah keluarganya untuk melawat jenazah suaminya buat kali terakhir di Kampung Sundang, di sini, pada Isnin.
Wanita warga asing berusia 60 tahun itu ditahan sehari sebelum suaminya ‘pergi’ ketika cuba memasuki perairan negara secara haram melalui Pulau Taganak, pada jam 10.20 malam Ahad.
Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata, tahanan wanita itu dibawa oleh pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis (IPD) Sandakan.

“Wanita ini dibawa ke rumah keluarganya untuk melawat jenazah suaminya iaitu seorang lelaki tempatan untuk buat kali terakhir yang meninggal dunia pada hari ini,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Ahsmon berkata, walaupun wanita tersebut adalah tahanan namun pihaknya tidak mengabaikan hak asasi mereka.
“Siasatan terhadap wanita itu dijalankan mengikut prosedur operasi standard (SOP) dan pada masa sama rukun negara keempat iaitu kedaulatan undang-undang dan hak asasi sentiasa dipatuhi Polis Diraja Malaysia (PDRM) selaku agensi penguatkuasaan yang profesional,” katanya.
Katanya lagi, kes tersebut disiasat dibawah Seksyen 5(2) dan Sek 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.
SumbeR: SINAR
Punca kebakaran belum dikenal pasti.Ikuti kami di Channel WhatsApp dan Telegram kami Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah