Polis Tahan Seorang Datuk Dipercayai Rogol Cucu Sejak Usia Lima Tahun Di Keningau

Seorang lelaki sanggup melakukan perbuatan jijik merogol cucunya sendiri yang berusia 10 tahun dalam kejadian di sebuah kampung di daerah ini. Gambar hiasan

KENINGAU : Seorang lelaki sanggup melakukan perbuatan jijik merogol cucunya sendiri yang berusia 10 tahun dalam kejadian di sebuah kampung di daerah ini.

Perlakuan jijik lelaki berusia 62 tahun itu terbongkar selepas kanak-kanak tersebut mengadu sakit di bahagian kemaluan sebelum ibu saudaranya membawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

Ketua Polis Daerah Keningau, Superintenden Yampil Anak Garai berkata, kejadian berlaku pada 1 Mac lalu melibatkan seorang kanak-kanak yang tinggal bersama datuknya.

“Mangsa pada awalnya mengadu sakit pada bahagian kemaluan dan dibawa ke hospital oleh ibu saudaranya untuk mendapatkan rawatan.

“Ketika menerima rawatan, mangsa telah memberitahu kepada doktor bahawa kemaluannya sakit.

“Mangsa seterusnya mendedahkan bahawa dia telah dirogol berulang kali sejak berusia lima tahun dan kejadian itu berlaku di rumahnya serta di rumah suspek di mana kejadian pertama kali berlaku pada tahun 2020 dan kali terakhir pada 1 Mac lalu,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.

Katanya lagi, susulan pendedahan itu siasatan lanjut mendapati mangsa ketika ini tinggal sementara waktu di rumah suspek kerana ibu bapanya sedang menjaga anak bongsu mereka yang sedang menjalani pembedahan di hospital lain.

“Selain itu, rumah mangsa juga berhampiran dengan rumah suspek dan ketika kejadian, mangsa tidak mendedahkannya perbuatan suspek terhadapnya kerana takut dipukul selain tidak faham perlakuan salah suspek terhadapnya.

“Susulan daripada pendedahan dan laporan diterima, tangkapan terhadap suspek dibuat keesokan harinya dan kes disiasat di bawah Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan,” katanya.

SumbeR: SINAR

Punca kebakaran belum dikenal pasti.Ikuti kami di Channel WhatsApp  dan Telegram kami Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *