Warga Emas Hilang Tiga Hari Lalu Ditemukan Maut Di Kawasan Anak Sungai Di Tombongon

Usaha pasukan bomba mengeluarkan mayat mangsa mencabar kerana terpaksa menaiki bukit sejauh satu kilometer dan kawasan tersebut agak cerun.

KOTA KINABALU : Seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang sejak tiga hari lalu ditemukan maut selepas dipercayai terjatuh di kawasan anak sungai di Kampung Tombongon, Manggatal, di sini pada Isnin.

Lelaki berusia 77 tahun itu ditemukan oleh penduduk kampung sebelum melaporkannya kepada pihak bomba untuk mendapatkan bantuan mengangkat mangsa dari kawasan tersebut.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Agustavia Joe Guasi berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 1.20 tengah hari.

Katanya, seramai sembilan anggota dikejar ke lokasi yang terletak sejauh 26 kilometer dari BBP Lintas.

“Sebaik tiba, terdapat seorang mangsa yang dilaporkan hilang selama tiga hari dan berkemungkinan terjatuh ketika mahu mandi di anak sungai tersebut.

“Usaha pasukan bomba mengeluarkan mangsa mencabar kerana terpaksa menaiki bukit sejauh satu kilometer dan kawasan tersebut agak cerun,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

Agustavia berkata lagi, mangsa akhirnya berjaya dibawa keluar dan pasukan perubatan yang melakukan pemeriksaan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Mayat tersebut kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi ditamatkan pada jam 4.50 petang selepas kawasan dipastikan selamat,” katanya.

SumbeR: SINAR

Punca kebakaran belum dikenal pasti.Ikuti kami di Channel WhatsApp  dan Telegram kami Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *