Dua Lelaki Ditahan Jual Mercun Tanpa Lesen Di Tawau

Kedua-dua lelaki yang didapati jual mercun tanpa lesen ditahan. – Foto Polis Daerah Tawau

TAWAU: Dua lelaki tempatan ditahan selepas didapati menjalankan aktiviti menjual mercun tanpa kebenaran di kawasan Pusat Komersial Ba Zhong, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, turut dirampas 60 kotak mercun dipercayai untuk dijual kepada orang awam di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata sebelum itu, pihaknya menerima maklumat mengenai aktiviti penjualan mercun di kawasan berkenaan.

Katanya, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau digerakkan untuk menjalankan operasi di kawasan kaki lima Pusat Komersial Ba Zhong.

“Pasukan polis mendapati terdapat dua lelaki tempatan berusia 26 dan 40 tahun sedang menjalankan aktiviti menjual mercun di lokasi berkenaan.

“Polis turut menemukan 60 kotak mengandungi mercun dipercayai cuba dijual tanpa lesen dan kebenaran,” katanya dalam kenyataan media, di sini, hari ini.

Menurutnya, kedua-dua lelaki terbabit bersama barang rampasan dibawa ke IPD Tawau untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.

Punca kebakaran belum dikenal pasti.Ikuti kami di Channel WhatsApp  dan Telegram kami Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *