Kereta Rosak Di Tengah Landasan Dirempuh Kereta Api Di Beaufort

Kereta seorang guru rosak di bahagian hadapan selepas dirempuh kereta api di landasan di Kampung Halogilat, Beaufort.

BEAUFORT : Seorang guru menempuh detik cemas apabila kereta yang dipandunya dirempuh kereta api selepas kenderaannya tiba-tiba rosak dan terhenti di tengah landasan dalam kejadian di Kampung Halogilat, di sini pada pagi Isnin.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, pemandu lelaki berusia 43 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan namun keretanya jenis Toyota Vios mengalami kerosakan teruk di bahagian hadapan.

Ketua Polis Daerah Beaufort, Superintenden Wong Leong Meng berkata, kejadian berlaku ketika sebuah kereta api dalam perjalanan dari arah Halogilat menghala ke Pekan Beaufort.

“Ketika kejadian di laluan landasan terdapat sebuah kenderaan berada di tengah landasan dan kereta api tidak dapat dihentikan secara mengejut lalu melanggar kereta tersebut.

“Menurut pemandu, ketika kejadian dia dalam perjalanan menuju ke sekolah tempatnya mengajar namun kereta tersebut tiba-tiba rosak dan berhenti di tengah landasan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

Katanya lagi, pemandu sempat keluar dari kereta tersebut ketika kereta api sedang menghala ke arahnya.

“Hanya kereta mengalami kerosakan di bahagian bonet hadapan dan pemandu sempat keluar dari kereta tersebut.

“Tiada sebarang kemalangan jiwa atau kecederaan berlaku dalam kejadian ini,” katanya.

SumbeR: SINAR

Punca kebakaran belum dikenal pasti.Ikuti kami di Channel WhatsApp  dan Telegram kami Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *