SPRM Sabah Tahan Pegawai Penguat Kuasa Disyaki Terima Rasuah RM100,000

Menurut sumber, suspek dipercayai menerima antara RM300 hingga RM3,000 secara bulanan yang keseluruhannya dianggarkan berjumlah RM100,000. – Gambar Hiasan

KOTA KINABALU : Seorang pegawai penguat kuasa ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah semalam kerana disyaki menerima rasuah kira-kira RM100,000 daripada sebuah syarikat pengangkutan.

Rasuah itu dipercayai sebagai dorongan mengelak mengambil tindakan terhadap lori yang melakukan kesalahan jalan raya.

Sumber berkata, suspek berusia 40an itu ditahan ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Sabah kira-kira 8 malam.

Menurutnya, tindakan itu susulan penahanan seorang pembantu penguatkuasa pada Selasa lalu.

“Siasatan awal mendapati suspek dipercayai meminta wang rasuah dari kira-kira 30 syarikat pengangkutan sejak Oktober 2023 hingga November 2024.

“Dia dipercayai menerima antara RM300 hingga RM3,000 secara bulanan yang keseluruhannya dianggarkan berjumlah RM100,000,” katanya.

Katanya, wang terbabit sebagai dorong untuk tidak mengambil tindakan terhadap lori milik syarikat berkenaan yang melanggar peraturan jalan raya.

Pengarah SPRM Sabah S Karunanithy mengesahkan tangkapan itu dan kes disiasat di bawah Seksyen 1(a) Akta SPRM 2009.

“Suspek dibebaskan selepas keterangan diambil dengan jaminan RM20,000 dan seorang penjamin,” katanya.

Punca kebakaran belum dikenal pasti.Ikuti kami di Channel WhatsApp  dan Telegram kami Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *