
KOTA KINABALU: Satu kejadian banjir lumpur akibat hujan lebat dilaporkan berlaku di Jalan Kota Kinabalu – Tenom berhampiran Kampung Kauran, Keningau malam Rabu lalu.
Kejadian menyebabkan laluan terbabit tidak boleh dilalui oleh kenderaan kecil.
Jabatan Kerja Raya (JKR) dalam satu kenyataan di laman rasmi Facebook memaklumkan jalan alternatif yang boleh digunakan pengguna jalan ialah Jalan Banjar- Kedalakan – Kauran.
“Pihak JKR sudah menjalankan pemeriksaan dan kawalan aliran trafik selain memasang Pelan Pengurusan Trafik (TMP) di lokasi terjejas,” katanya.
Pada masa sama, hujan lebat turut menyebabkan kerosakan pada abutmen jambatan di Jalan Kalang- Simpangan di Tenom.
“Kejadian menyebabkan laluan tidak boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan dan pengguna jalan boleh melalui jalan altenatif Jalan Kalang.
“Tindakan sama iaitu pemasangan TMP turut dilaksanakan di lokasi kejadian,” katanya.
Punca kebakaran belum dikenal pasti.Ikuti kami di Channel WhatsApp dan Telegram kami Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah