Lelaki Ditemui Meninggal Dunia Dalam Kereta Terkunci Di Luyang

Foto ihsan JBPM Sabah

KOTA KINABALU: Lelaki warga emas ditemukan meninggal dunia dalam kereta berhampiran Taman Sinar, Jalan Bukit Temasu, Luyang di sini, pagi hari ini.

Mayat lelaki berusia 69 tahun itu ditemui kereta yang parkir di tepi jalan dengan keadaan enjin masih hidup.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 10.03 pagi.

Menurutnya, sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas digerakkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi, didapati sebuah kereta terkunci dan terdapat seorang mangsa berada dalam kereta dengan keadaan tidak sedar diri.

“Tindakan pasukan bomba membuka pintu kereta dengan menggunakan peralatan khas dan mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Selepas pemeriksaan dijalankan dan tiada bahaya lain di lokasi, operasi ditamatkan pada jam 10.22 pagi,” katanya.

SumbeR: HMETRO

Ikuti kami di Channel WhatsApp  dan Telegram kami Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *