![](https://sp-ao.shortpixel.ai/client/to_webp,q_glossy,ret_img,w_731,h_446/https://www.sabahpost.net/wp-content/uploads/2024/12/pygmy.jpg)
LAHAD DATU: Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah akan membuat siasatan mengenai kematian seekor gajah jantan dewasa yang ditemui di kawasan Ladang Felcra Danum, Jalan Silam, semalam
Penemuan itu dilaporkan oleh penolong pengurus ladang berkenaan yang membuat laporan polis di Balai Polis Lahad Datu pada jam 5.54 petang.
Pegawai Hidupan Liar Lahad Datu, Hairulnizam Hasnan, pihaknya telah dimaklumkan mengenai penemuan itu dan sedang menyiasat punca kematian gajah berkenaan.
Menurut laporan yang diterima, bangkai gajah itu ditemui kira-kira jam 1 petang oleh seorang pekerja ladang, sebelum membuat laporan kepada penolong pengurus mereka.
“Sebaik menerima maklumat itu, sepasukan kakitangan JHL Lahad Datu digerakkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan.
“Kita akan membuat siasatan bagi mengenal pasti sama ada kematian gajah berkenaan,” katanya dalam kenyataan media, di sini, hari ini.
Hairulnizam berkata, kejadian itu menimbulkan kebimbangan terhadap ancaman yang dihadapi oleh populasi gajah Borneo, spesies yang semakin terancam di Sabah.
“Kami meminta supaya mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini untuk tampil membantu siasatan,” katanya.
Ikuti kami di Channel WhatsApp dan Telegram kami Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah