
KOTA KINABALU : Gempa bumi lemah bermagnitud 2.8 melanda Ranau, Sabah pada 2.56 petang tadi, menurut Jabatan Meteorologi (MetMalaysia).
Menurutnya, gempa berpusat di koordinat 5.97°U dan 116.57°E itu berlaku pada kedalaman 10km.
Tetapi, katanya, tiada ancaman tsunami dikeluarkan susulan gempa itu.
“Gempa bumi berlaku kira-kira 15km selatan Ranau dan gegaran dirasai di kawasan sekitar.”
Ini gempa bumi lemah kedua melanda Sabah bulan ini, selepas gempa bermagnitud 2.7 melanda Tawau 5 Dis lalu.
Ikuti kami di Channel WhatsApp dan Telegram kami Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah