KOTA KINABALU: Ribut petir,hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa kawasan di Sabah sehingga jam 12.00 tengah hari ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia).
METMalaysia melalui satu kenyataan yang dikeluarkan pada 8.30 pagi itu memaklumkan antara kawasan yang terlibat iaitu Pedalaman (Sipitang, Tenom dan Nabawan) dan Tawau (Tawau dan Semporna).
“Amaran dikeluarkan apabila berlakunya ribut petir yang disertai hujan lebat dengan intensiti melebihi 20mm/jam dan angin kencang dijangka berlaku di kawasan tersebut dalam tempoh satu jam atau lebih.
“Penduduk dinasihatkan untuk mengambil langkah berjaga-jaga, terutamanya bagi mengelakkan risiko banjir kilat, tanah runtuh, dan pokok tumbang,” katanya.
Tambahnya, amaran ribut petir ini adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam dari masa ia dikeluarkan.
Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost