TAWAU: Semasa menjalankan tugas rondaan cegah jenayah, sepasukan polis daripada Balai Polis Tawau telah membuat serbuan di sebuah rumah inap bertempat di Batu 2 Jalan Apas Tawau kerana terkesan aktiviti dadah di situ.
Semasa serbuan, polis telah membuat pemeriksaan ke atas enam orang lelaki berumur di antara 16 hingga 34 tahun namun tidak menjumpai sebarang barang salah.
Pemeriksaan lanjut yang dijalankan di kawasan rumah pula berjaya menemukan sepaket plastik lutsinar berisi ketulan hablur jernih disyaki dadah jenis Methamphetamine dan sepaket plastik lutsinar berisi daun kering disyaki ganja bersama peralatan menghisap dadah.
Suspek bersama barang rampasan dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut. Kes disiasat di bawah Seksyen 12(3) dan Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952.
Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost
SumbeR: Facebok Polis Daerah Tawau