Lelaki Ditahan Rogol Teman Wanita Berusia 14 Tahun

Suspek ditahan pihak polis selepas disyaki merogol teman wanita berusia 14 tahun.

TAWAU: Seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki merogol remaja yang juga teman wanitanya berusia 14 tahun di kawasan Balung, di sini pada Jumaat.

Suspek berusia 23 tahun ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau, kira-kira jam 1.30 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, tangkapan dijalankan selepas laporan dibuat oleh ibu mangsa, jam 4.36 petang, Rabu lalu.

“Hasil siasatan awal, mangsa tinggal serumah bersama di rumah suspek yang juga teman lelaki mangsa sebelum melakukan perbuatan itu di kawasan perumahan di Balung, pada 16 November lalu.

“Selepas kejadian itu, mangsa memberitahu ibunya sebelum laporan polis dibuat,” katanya dalam kenyataan media di sini.

Menurutnya, suspek seorang penganggur ditahan dan dibawa ke IPD Tawau untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan. 

“Selain itu, siasatan turut dijalankan dibawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan dan polis mengingatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan tidak membiarkan anak tanpa pengawasan, terutamanya dengan individu yang tidak dikenali,” katanya. 

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *