Pelajar Sabah Menang Anugerah Emas Pertandingan Esei The Queen’s Commonwealth 2024

KENINGAU : Elisha Carmen Erick, pelajar tahun dua Teknologi Pembinaan Kolej Vokasional (KV) Keningau, telah memenangi anugerah emas dari pertandingan penulisan esei paling tertua di dunia, The Queen’s Commonwealth Essay Competition, dengan hasil karyanya yang bertajuk “a Letter to the Prime Minister” (surat kepada perdana Menteri). Dia menerima keputusan dan sijil pencapaian tersebut melalui hantaran email pada 26 September 2024.

The Queen’s Commonwealth Essay Competition adalah pertandingan penulisan esei Bahasa Inggeris yang dianjurkan setiap tahun oleh Royal Commonwealth Society, United Kingdom, sejak tahun 1883 dan ianya terbuka untuk semua pelajar sekolah di seluruh dunia.

Setiap esei akan dinilai dan dianugerahkan dengan anugerah emas, perak dan gangsa serta sijil penyertaan berdasarkan julat pemarkahan yang telah ditetapkan. Elisha menulis esei berbentuk surat yang merayu pemimpin negara agar menyelesaikan isu kanak-kanak tanpa kewarganegaraan yang merupakan isu yang kian merisaukan khususnya di negeri Sabah.

Situati ini menyebabkan kanak-kanak sebegini mengalami kesukaran mendapatkan pendidikan formal dan ini membuatkan peluang mereka untuk mengubah kehidupan mereka dari aspek sosial dan ekonomi menjadi tipis.

Elisha berasa sangat gembira dengan pencapaian itu kerana dia adalah seorang yang gemar meluahkan pendapat melalui penulisan dan telah berjaya menerbitkan rencana editorial dia yang pertama di sebuah majalah pendidikan beberapa bulan yang lepas.

Pengarah kolej tersebut, Nordin bin Akup, mengucapkan tahniah kepada pelajar ini dan dia berharap ini akan menjadi pembakar semangat kepada pelajar yang lain untuk mendalami bidang penulisan dan kewartawanan dengan lebih gigih untuk mengasah kemahiran berfikir dan kemahiran mereka menggunakan bahasa yang mereka pelajari.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *