KOTA KINABALU: Sebuah pasar raya besar di Penampang didenda RM2,800 atau penjara sebulan jika gagal, atas kesalahan menjual terung Taiwan yang dikesan mengandungi tahap racun yang tinggi.
Hukuman dijatuhkan Majistret Marilyn Kelvin, selepas wakil pasar raya besar terbabit mengaku bersalah atas pertuduhan mengikut Seksyen 41(3) (a) Peraturan-Peraturan Makanan 1985 ketika dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini.
Berdasarkan kertas pertuduhan, kesalahan itu dilakukan di premis pasar raya besar terbabit di Penampang pada 10 Jun lalu.
Terung yang dijual di pasar raya besar terbabit dikesan mengandungi 0.1240 miligram per kilogram Cypermethrin, sejenis racun serangga perosak, berbanding 0.03 miligram per kilogram tahap maksimum yang dibenarkan.
Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost