Warga Emas Meninggal Dunia Dalam Kereta

Polis mengangkat mayat mangsa untuk dihantar ke HQE bagi proses bedah siasat.

KOTA KINABALU: Seorang lelaki warga emas ditemukan tidak sedarkan diri dalam sebuah kenderaan di sebelum disahkan meninggal dunia di tempat letak kereta berhadapan sebuah kedai di Kingfisher, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, mangsa yang dilihat dalam keadaan berdarah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Katanya,  pihak polis menerima maklumat berhubung kejadian itu, pada 5.15 petang.

“Siasatan awal mendapati lelaki berumur 64 tahun itu ditemukan terbaring di dalam kereta dalam keadaan berdarah.

“Pemeriksaan dijalankan oleh doktor dari Hospital Queen Elizabeth II (HQE II) dan mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Beliau berkata, hasil siasatan di tempat kejadian menunjukkan tiada unsur-unsur perbuatan jenayah yang boleh dikaitkan sebagai punca kematian mangsa.

“Punca kematian mangsa masih dalam siasatan polis dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut (SDR),” katanya.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *