KUALA LUMPUR: Hujan lebat, ribut petir berserta angin kencang diramal melanda kebanyakan kawasan di Sabah dan Sarawak sehingga jam 7 malam ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam hantaran di Facebook, berkata keadaan cuaca itu di Sabah diramal berlaku di kawasan pedalaman termasuk Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort selainpantai barat iaitu Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran.
Selain wilayah Labuan, katanya, cuaca sama diramal melanda Tawau (Lahad Datu) dan Sandakan (Beluran) .
“Di Sarawak pula membabitkan Kuching, Bau, Serian, Samarahan, Sibu, Kapit, Song, Bintulu (Tatau), Miri (Subis dan Marudi) serta Limbang.
“Selain itu, hujan lebat, ribut petir berserta angin kencang turut diramal membadai Raub dan Bentong di Pahang selain Kota Tinggi di Johor,” katanya.
METMalaysia berkata, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter (mm) per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya.
Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost