Murid Tahun 4 Meninggal Dunia Disyaki Keracunan Makanan

Murid tahun empat Muhammad Mifzal Anaqi Muhammad Rizal bersekolah di Sekolah Kebangsaan Taman Rimba.

SANDAKAN: Seorang murid Tahun 4 di Sandakan, Sabah meninggal dunia hari ini dipercayai akibat keracunan makanan.

Murid SK Taman Rimba Muhammad Mifzal Anaqi Muhammad Rizal aktif bermain bola sepak bawah akademi sekolah itu.

Adun Sekong Alias Sani berkata, beliau yang mengetahui perkara itu melalui guru dan media sosial akan mendapatkan pengesahan daripada pihak berkuasa berhubung kematian kanak-kanak berusia 10 tahun itu.

“Sama ada punca kejadian disebabkan keracunan makanan atau ada sebab lain keracunan seperti masalah bekalan air bersih di Sandakan.

Saya ingin menasihati orang ramai sentiasa mengamalkan cara pengendalian dan penyediaan makanan bersih, katanya dalam kenyataan.

“Saya mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh.

Pada 6 Julai lepas, Daily Express melaporkan Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) Suhaimi Asbullah berkata, kualiti air di Sandakan masih menepati standard ditetapkan menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Menurutnya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bersama JANS kerap mengambil sampel dan mengesahkan tidak pernah berlaku keracunan disebabkan penggunaan air disalurkannya.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *