Anak Buaya Ditangkap Di Tepi Sungai Kampung Sembulan Lama

Anak buaya yang ditangkap oleh penduduk di tepi sungai Kampung Sembulan Lama di sini.

KOTA KINABALU: Anak buaya sepanjang tiga kaki dengan berat tujuh kilogram berjaya ditangkap oleh penduduk di tepi sungai Kampung Sembulan Lama di sini.

Kejadian kemudian dimaklumkan kepada pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk tindakan selanjutnya.

Pegawai APM Kota Kinabalu, Kapten (PA) Aizex Junior berkata, panggilan diterima oleh Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) pada jam 6.49 pagi berkenaan kes LLK (Buaya) di Kampung Sembulan Lama.

Katanya, seorang pegawai bersama empat anggota dari Skuad Charlie diketuai Leftenan M Nurfarizt Izwan Sapsia digerakkan ke lokasi.

Tambahnya, dua anggota turut bergerak dengan lengkap berpakaian peralatan Personal Protective Equipment (PPE) bagi operasi menangkap reptila terbabit.

“Semasa ketibaan pihak APM di lokasi, pengadu memaklumkan terdapat buaya di tepi sungai berdekatan dengan rumah pengadu.

“Pasukan APM bagaimanapun dimaklumkan bahawa buaya berkenaan sudah ditangkap oleh penduduk kampung.

“Reptilia sepanjang tiga kaki dengan berat tujuh kilogram kemudian diserahkan kepada pihak APM,” katanya.

Tambahnya, buaya berkenaan dibawa ke pejabat APM Kota Kinabalu dan diserahkan kepada Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah untuk tindakan lanjut. 

Beliau berkata, operasi berjalan lancar dan tamat sepenuhnya pada jam 7.03 pagi.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *