Lelaki Maut, Kereta Masuk Gaung

Pasukan bomba menjalankan operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam keretanya.

TAWAU: Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya terbabas dan terjatuh ke gaung sedalam 10 meter di Jalan Luasong, di sini, malam tadi.

Mangsa berusia 58 tahun itu disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kemalangan itu pada jam 7.08 malam.

Katanya, sepasukan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau diketuai Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Yahya Abd Fattah digerakkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, sebuah kenderaan pacuan empat roda dipercayai terbabas sendiri dan terjatuh ke gaung sedalam 10 meter.

“Terdapat seorang mangsa tersepit berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba dan disahkan meninggal dunia,” katanya ketika dalam kenyataan media, di sini, hari ini.

Menurutnya, mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan pada jam 9.58 malam.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *