Jalan Penampang-Tambunan Kini Boleh Dilalui

Jalan Penampang-Tambunan sudah boleh dilalui oleh kenderaan.

PENAMPANG: Jalan Penampang-Tambunan, kini boleh dilalui selepas runtuhan dan aliran lumpur yang berlaku berhampiran Kampung Togudon, Penampang, dibersihkan.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah memaklumkan, bagaimanapun jalan menghubungkan Kota Kinabalu – Keningau – Tenom itu hanya dibuka satu lorong kepada kenderaan.

“Satu lorong jalan telah dibuka untuk dilalui sementara kerja-kerja pembersihan masih dilaksanakan,” katanya.

Terdahulu, laluan berkenaan dilaporkan tidak dapat dilalui semua jenis kenderaan berikutan cerun runtuh dan aliran lumpur di lokasi berhampiran Kampung Togudon, Penampang, kira-kira 4 petang semalam.

Difahamkan, Jabatan Kerja Raya (JKR) sudah mengambil tindakan awal termasuk melakukan pembersihan permukaan jalan dan memasang papan tanda pelan pengurusan trafik (TMP).

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *