SANDAKAN : Dua maut dan lima lagi parah selepas kereta mereka bertembung lori 10 tan di Jalan Batu 25, Sandakan, Sabah.
Kamaludin Jaffren, 35, dan Nurul Hidayah Abd Rahim meninggal dunia di lokasi nahas akibat kecederaan parah.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan, Severinus Sainkui berkata, lima anggota dan pegawai bersama sebuah jentera digerakkan bagi operasi menyelamat selepas panggilan kecemasan diterima 12.53 tengah hari tadi.
“Dua mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai Kementerian Kesihatan,” katanya menurut Harian Metro.
Beliau berkata, lima lagi mangsa parah dihantar ke hospital menggunakan ambulans, manakala empat individu dalam lori itu cedera ringan.
Menurutnya, pemeriksaan akhir dilakukan bagi memastikan kawasan kemalangan selamat sebelum operasi ditamatkan 2.18 petang tadi.
Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost