Sabah Alami Cuaca Kering, Panas Dengan Suhu Melebihi 35 Darjah Celsius

Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR: Sabah antara negeri yang dijangka akan mengalami cuaca kering dan panas dengan suhu melebihi 35 Darjah Celsius.

Menurut ramalan cuaca signifikan oleh Jabatan Metreologi Malaysia (MET Malaysia), berdasarkan analisis model-model cuaca, penumpuan angin dijangka berlaku di bahagian tengah dan selatan Sarawak. 

“Keadaan ini berpotensi menghasilkan ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang di kawasan tersebut terutama pada sebelah petang dan boleh berlarutan hingga ke awal pagi.

“Sementara itu, ribut petir dan hujan lebat berserta angin kencang turut berpotensi berlaku di beberapa tempat di kawasan pedalaman dan barat Semenanjung,” katanya menerusi satu kenyataan media di sini, hari ini.

MET MALAYSIA TURUT MENJANGKAKAN CUACA KERING DAN PANAS DI BEBERAPA TEMPAT DENGAN SUHU MELEBIHI 35 DARJAH CELSIUS TERUTAMANYA DI UTARA SEMENANJUNG DAN SABAH.

“Orang awam adalah dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi MET Malaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih,” katanya.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *