Pelancong Asing Lemas Bot Karam Di Semporna, 4 Ditahan

etua Polis Semporna Mohd Farhan Lee Abdullah, berkata punca bot yang membawa sembilan penumpang itu karam masih dalam siasatan.

SEMPORNA : Seorang pelancong warga asing lemas selepas bot dinaiki karam berhampiran perairan Pulau Timba-Timba di Semporna, Sabah semalam.

Ketua Polis Semporna Mohd Farhan Lee Abdullah, berkata ketika kejadian mangsa bersama lapan pelancong warga asing lain menaiki bot itu sebelum ia karam pada 10.10 pagi.

Bagaimanapun, polis hanya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 4 petang dan punca kejadian masih dalam siasatan, lapor Harian Metro.

“Mangsa yang meninggal dunia dikenalpasti sebagai seorang lelaki berusia 38 tahun, manakala lapan penumpang bot itu berjaya diselamatkan.

“Susulan kejadian itu, polis menahan empat lelaki iaitu seorang warga tempatan berumur 22 tahun dan tiga warga asing berumur 26 hingga 40 tahun untuk membantu siasatan,” katanya.

Katanya, polis akan mendapatkan perintah reman terhadap semua lelaki itu bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian ini boleh menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Khadijah Mohd Seruji di talian 019-8718002 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *