Dua Lelaki Maut, Lori Muatan Baja Jatuh Gaung Di Jalan Beluran-Paitan

Keadaan lori muatan baja yang terjunam ke dalam gaung di Jalan Beluran-Paitan.

BELURAN : Dua lelaki maut selepas lori muatan baja yang dinaiki mereka hilang kawalan sebelum terjunam ke dalam gaung di Jalan Beluran-Paitan di sini pada Khamis.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, pemandu lori berusia 44 tahun bersama seorang penumpang berusia 25 tahun maut di lokasi kemalangan.

Ketua Polis Daerah Beluran, Superintenden Kasim Muda berkata, lori muatan baja itu dalam perjalanan dari arah Lahad Datu menuju ke Paitan.

“Siasatan di lokasi kejadian mendapati lori itu mengalami masalah teknikal iaitu brek gagal berfungsi sebelum terbabas dan masuk ke dalam gaung,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Tambahnya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Beluran untuk tindakan selanjutnya dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *