Budak 9 Tahun Cedera Diserang Buaya Di Sandakan

Anggota Jabatan Hidupan Liar Sandakan melakukan tinjauan di sekitar lokasi kejadian.

SANDAKAN : Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun cedera di tangan, bahu dan kepala selepas diserang buaya dalam kejadian di Kampung Batu Putih, Sandakan.

Susulan kejadian 1 tengah hari semalam, mangsa menerima lapan jahitan akibat kecederaan dialaminya.

kanak-kanak yang dibaham buaya di perairan Kampung Batu Putih, Sandakan baru-baru ini.

Pegawai Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sandakan, Hussien Muin, berkata kejadian berlaku ketika air laut pasang sehingga ke kawasan jalan perkampungan itu.

Beliau berkata, kejadian berlaku ketika mangsa bersama rakan sebaya berenang keluar dari rumah jiran untuk pulang ke rumah.

“Secara tiba-tiba, mangsa diserang dan dibaham di bahagian tangan, namun mangsa sempat melawan dan berjaya melepaskan diri sebelum diselamatkan bapanya.

“Kanak-kanak itu dikejarkan ke sebuah klinik swasta dan diberikan rawatan sebelum pulang ke rumah,” katanya menurut Berita Harian.

Hussein berkata, kakitangan JHL memeriksa mangsa di rumah sebelum mendapati kanak-kanak itu menerima lapan jahitan di lengan kanan, cedera di bahu kanan dan kepala.

Katanya, anggota JHL Sandakan mendapatkan maklumat daripada bapa mangsa seterusnya membuat tinjauan di sekitar lokasi kejadian.

“Ketika tinjauan dijalankan tiada kelibat buaya dilihat kerana air surut sepenuhnya,” katanya.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *