653 PATI Dihantar Pulang Ke Filipina

PATI Filipina dipindahkan ke negara asal melalui Pelabuhan Sandakan.

SANDAKAN : Seramai 653 pendatang asing tanpa izin (Pati) warganegara Filipina dihantar pulang ke negara asal, melalui Pelabuhan Sandakan, hari ini.

Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah, Datuk SH Sitti Saleha Habib Yusoff berkata, daripada jumlah itu, seramai 439 adalah tahanan lelaki, 145 wanita dan 69 lagi kanak-kanak.

Menurutnya, semua Pati itu berusia 23 bulan hingga 68 tahun dihantar terus ke Zamboanga, Filipina menggunakan feri.

“Semua Pati terbabit sebelum ini ditahan di Depot Imigresen Kota Kinabalu, Papar dan Tawau.

“Pati terbabit ditahan kerana melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

“Hukuman yang dikenakan adalah berdasarkan Akta Imigresen dan proses perundangan negara sehingga tindakan pemindahan keluar dari negara ini,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurutnya, JIM Sabah akan terus komited melakukan operasi penguatkuasaan dan pemindahan Pati dari semasa ke semasa. – HMetro

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik πŸ‘‰ https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *