8 Termasuk 4 Pegawai Kanan Polis Ditahan Bantu Siasatan Kes Bunuh Di Tawau – Pesuruhjaya Polis Sabah

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Idris Abdullah

KOTA KINABALU, 28 Jan : Lapan anggota polis terdiri daripada empat pegawai kanan dan empat pegawai rendah polis ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes melibatkan Seksyen 302 Kanun Keseksaan di Tawau. 

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Idris Abdullah berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menubuhkan pasukan siasatan khas dari Bukit Aman bagi menjalankan siasatan kes terbabit.

“PDRM tidak membuat kenyataan terperinci mengenai kes ini kerana masih terlalu awal dan dibimbangi boleh mengganggu siasatan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Idris berkata kes berkenaan masih dalam peringkat siasatan dan sidang media lanjut akan dibuat setelah siasatan dilengkapkan. 

Beliau berkata kes itu lebih bersifat peribadi dan media diharap tidak membuat sebarang spekulasi terutama mengaitkan isu keselamatan di negeri ini. – BERNAMA

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *