Pelancong China Wajib Jalani Ujian Covid-19 Jika Mahu Masuk Sabah

Sebelum ini terdapat kebimbangan mengenai kedatangan pengembara dari China susulan berlaku lonjakan kes Covid-19 di negeri itu.

KOTA KINABALU : Semua pengunjung dari China yang memasuki Sabah wajib menunjukkan keputusan negatif Covid-19, berkuat kuasa 1 Jan depan.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Masidi Manjun berkata pihaknya menetapkan pengunjung dari China perlu melakukan ujian Covid-19 dalam tempoh 48 jam sebelum berlepas ke negeri itu.

“Keputusan ini berkuatkuasa pada 1 Januari 2023,” katanya dalam kenyataan.

Sebelum ini terdapat kebimbangan mengenai kedatangan pengembara dari China susulan berlaku lonjakan kes Covid-19 di negeri itu.

Sebanyak 15 kes baharu dicatatkan di Sabah hari ini iaitu bertambah enam kes direkodkan daripada 1,228 sampel ujian berbanding 1,251 ujian semalam dengan kadar positiviti 1.22% berbanding 0.72% semalam.

Katanya, sembilan daerah merekodkan jangkitan baharu, dengan tiga kes di Kota Belud dan Penampang, diikuti dua kes di Kota Kinabalu dan Sipitang serta masing-masing satu kes di Kinabatangan, Lahad Datu, Tawau, Telupid dan Tuaran.

Sebanyak 18 daerah lain tidak merekodkan sebarang kes jangkitan baharu dalam tempoh 24 jam yang lalu.

“Daripada 15 kes yang dilaporkan, 13 kes adalah dalam Kategori Satu dan Kategori Dua, manakala masing-masing satu kes dalam Kategori Empat dan Kategori Lima,” katanya.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *