Renjer Maut Tertusuk Gading Gajah

(Gambar kecil: Joe Fred Lansou) Mangsa maut akibat tertusuk gading gajah di bahagian perut ketika menjalankan tugas rutin di kandang gajah. (Gambar hiasan gajah) – Foto 123rf

PENAMPANG : Seorang Renjer Hidupan Liar maut tertusuk gading gajah dalam kejadian di kandang gajah di Taman Hidupan Liar Lok Kawi, di sini pada Ahad.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, mangsa Joe Fred Lansou, 49, mengalami kecederaan pada bahagian perut akibat tusukan gading gajah berkenaan.

Pengarah Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah, Augustine Tuuga berkata, kejadian berlaku ketika renjer berkenaan melakukan rutinnya di kandang gajah berkenaan.

“Kejadian berlaku terlalu cepat dan mendiang cedera di bahagian abdomen akibat ditusuk gading,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

Sebelum itu, mendiang berkhidmat sebagai Ketua Unit Gajah Taman Hidupan Liar Lok Kawi dengan jawatan sebagai Renjer Hidupan Liar. – SINAR

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *