Bantuan Tunai Rakyat Disalur Januari Ini – PM

Anwar di persidangan Dewan Rakyat, hari ini. – Gambar Ihsan Jabatan Penerangan Malaysia.

KUALA LUMPUR : Kerajaan akan meneruskan Bantuan Tunai Rakyat (BTR) yang dilaksana kerajaan terdahulu dengan Fasa 1 disalur bulan depan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia akan memanfaatkan hampir sembilan juta penerima dengan peruntukan berjumlah RM2 bilion.

Menurutnya, setiap isi rumah akan menerima RM300, manakala kategori bujang RM100.

“Bantuan tunai rakyat yang dilaksanakan sebelum ini akan diteruskan (dengan) bayaran fasa satu disalurkan awal iaitu Januari 2023, tidak Mac seperti diumumkan sebelum ini.

“Saya mengambil pertimbangan untuk menyegerakan kerana masalah pekebun kecil getah dan petani, nelayan terutama (di) Terengganu (dan) Kelantan yang terpaksa menanggung kesempitan akibat banjir,” katanya pada pembentangan Rang Undang-Undang Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Sementara 2023 di Dewan Rakyat, hari ini.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *