Anwar Umum Jemaah Menteri Hari Ini

KUALA LUMPUR : Perdana Menteri Anwar Ibrahim akan mengumumkan Jemaah Menterinya hari ini, menurut Pejabat Perdana Menteri.

Pengumuman itu akan disiarkan secara langsung, dan berlaku kira-kira lapan hari selepas Anwar mengangkat sumpah sebagai perdana menteri kerajaan perpaduan.

Terdahulu, Anwar selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara menjanjikan saiz Jemaah Menteri yang kecil, dengan jaminan tidak akan melantik anggota melebihi keperluan atau sebagai imbuhan. – FMT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *