Sabah Sedia Kerjasama Dengan Kerajaan Persekutuan

Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Mohd Noor. – Foto Facebook Hajiji Haji Noor

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah memberi jaminan akan bekerjasama sepenuhnya dengan kerajaan Persekutuan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim demi untuk manfaat dan kebaikan bersama.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor meletak keyakinan akan wujud kerjasama erat untuk merealisasikan pelbagai aspek pembangunan di negeri ini.

Hajiji, yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berkata, beliau berharap agar usaha menunaikan hak-hak dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) antara kerajaan negeri dengan kerajaan Persekutuan dapat direalisasikan.

“Saya mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Ke-10.

“Pengalaman luas Anwar diyakini akan mampu membawa kebangkitan ekonomi yang sangat diperlukan untuk rakyat dan pembangunan seluruh negara pada masa depan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, adalah diharapkan agar manifesto Pakatan Harapan (PH) termasuk memperkasakan wilayah Sabah dan Sarawak dapat dilaksanakan sebaiknya. – Utusan

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *