Bekas ADUN Sekong Meninggal Dunia Dalam Pesawat

Difahamkan, Samsuddin Yahya meninggal dunia ketika dalam penerbangan pulang dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu.

KOTA KINABALU : Bekas ADUN Sekong, Samsuddin Yahya meninggal dunia ketika dalam penerbangan pulang dari ibu negara ke Sabah.

Berita duka itu dikongsi Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor dan Ketua Umno negeri, Bung Moktar Radin menerusi catatan di Facebooknya.

“Semoga Allah ampunkan segala dosa Allahyarham Samsuddin Yahya yang baru saja pergi menghadap ilahi.

“Semoga Allah terima segala amalan dan mengangkat darjat Allahyarham disisi-Nya,” tulis Hajiji.-ADVERTISEMENT-Ads by 

“Takziah kepada Junaidah Aji dan seluruh keluarga, diharap tabah menerima kehendak Allah,” tulis Bung.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah KLIA, Imran Abd Rahman mengesahkan Samsuddin meninggal dunia di dalam pesawat ketika dalam penerbangan pulang dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu.

Bekas ketua Umno Bahagian Batu Sapi itu pernah memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sekong selama tiga penggal sebelum kalah pada PRU14. – FMT

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *