Doktor Mata Dibebaskan, Mahkamah Ketepikan Sabitan Kes Tanam 12 Pokok Ganja

Mahkamah Tinggi di Tawau mengenepikan hukuman penjara 30 tahun terhadap doktor mata kerana menanam 12 pokok ganja di perkarangan rumahnya.

TAWAU : Mahkamah Tinggi Tawau mengenepikan hukuman penjara 30 tahun terhadap pakar mata kerana menanam 12 pokok ganja di perkarangan rumahnya dua tahun lalu.

Hakim Lim Hock Leng berkata, pihak pendakwaan gagal membuktikan Azril Surash Masree Samy mempunyai pengetahuan bahawa tumbuhan yang ditanam itu dilarang di sisi undang-undang.

Lim berkata, alasan bertulis mengapa beliau membenarkan rayuan Azril akan diberikan kemudian.

Azril, 45, didakwa melakukan kesalahan itu di Taman Mega Ria, Tawau, pada 3 Ogos 2020.

Timbalan Pendakwa Raya Hurman Hussain mewakili pihak pendakwaan manakala Surash diwakili Mark Rosaidey Amin Jaafar dan Nazreen Jaafar Abdullah Jaafar.

Pada 27 Jan, Hakim Mahkamah Sesyen Kerisnada Mahmud menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup maksimum 30 tahun kepada Surash selepas mendapati pihak pendakwaan telah membuktikan kesnya di luar keraguan munasabah.

Mahkamah Sesyen turut memerintahkan Surash disebat enam kali, jumlah minimum yang dibenarkan di bawah undang-undang. Azril kemudiannya memfailkan rayuan.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik ūüĎČ https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *